fb fb fb fb fb

JKNT siasat secara terperinci kes keracunan makanan

Foto hiasan

KUALA NERUS, 30 April- Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang menyiasat secara terperinci berkenaan dakwaan kes keracunan makanan melibatkan beberapa individu termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun di negeri itu.

Pengarah kesihatan Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata, kejadian itu dipercayai berlaku selepas memakan sejenis kuih tradisional yang dibeli di pasar.

Ketika ini ke semua mangsa berada dalam keadaan stabil dan punca sebenar kejadian sedang disiasat.

"Memang kita ada terima makluman tersebut dan kes berkenaan sedang dalam siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT)," katanya kepada pemberita di sini.

Ketika ini semua mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Sebelum ini tular di media sosial seorang lelaki mendakwa isteri dan anaknya mengalami keracunan makanan selepas makan kuih yang dibeli.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI