fb fb fb fb fb

JKM kendali 1,240 kes penderaan fizikal membabitkan kanak-kanak setakat Ogos tahun ini

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri

KUALA LUMPUR, 29 November- Seliaan dan pengawasan berkala yang dibuat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi antara usaha menjamin keselamatan kanak-kanak dibawah penjagaan ibu bapa peliharaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ini termasuk melakukan seliaan selama tiga bulan berdasarkan tempoh yang ditetapkan mahkamah.

"Pelindung akan buat janji temu dengan ibu bapa bersama pelindung JKM sama ada hadir ke pejabat JKM atau rumah perbincangan dibuat.

"Keperluan kanak-kanak dan perancangan bagi memenuhi keperluan dan peranan keluarga, pelindung boleh datang ke sekolah dan tempat kerja untuk bincang isu yang dihadapi, keperluan kewangan dan nilai perkembangan kanak-kanak,"katanya.

Beliau menjawab pertanyaan tambahan Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah  mengenai langkah memastikan anak peliharaan tidak menjadi mangsa penderaan.

Setakat Ogos lalu, sebanyak 1,240 kes penderaan fizikal melibatkan kanak-kanak dikendalikan JKM.

1,603 kes melibatkan penderaan seksual, penderaan emosi (73), kes pengabaian (1,530), kes pembuangan (156) dan 614 lagi pelbagai.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE