fb fb fb fb fb

JKDM kesan penyeludupan minyak masak peket menggunakan kenderaan persendirian

(FOTO HIASAN)

ALOR SETAR, 23 Julai - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesan kenderaan persendirian dipandu warga asing cuba menyeludup minyak masak peket satu kilogram (kg) secara kecil-kecilan ke negara jiran.

Menangung Tugas-Tugas (MTT) Pengarah Kastam Kedah, Abd Rahman Abd Aziz berkata Cawangan Pemeriksaan Penumpang JDKM Bukit Kayu Hitam mengesan perbuatan itu sejak 1 Julai lalu dan sudah merampas sebanyak 54 pek minyak masak peket satu kg yang cuba diseludup keluar.

Katanya, minyak masak peket bersubsidi ditemukan cuba diseludup bersama barang-barang lain dalam but kereta.

(FOTO HIASAN)

"Minyak masak diklasifikasikan sebagai dagangan larangan eksport di bawah Butiran 3, Jadual Kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2017.

"Ia memerlukan permit daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan Jadual Kedua Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) (Pindaan) 2022 yang berkuat kuasa 9 Julai lalu," katanya menerusi kenyataan.

Abd. Rahman turut meminta orang ramai membantu JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain di sempadan negara.

Media Baharu