fb fb fb fb fb

Jepun sudi bekerjasama dengan Malaysia, bantu Palestin

TOKYO, 23 Mei- Jepun menyatakan kesudian untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Bantuan merangkumi aspek kesihatan, pengurusan sisa pepejal dan pembangunan semula kawasan yang musnah.

Perkara tersebut antara yang dibincangkan pada pertemuan dua hala Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawat, Fumio Kishida, pada Rabu.

Berlangsung kira-kira 40 minit, kedua-dua pemimpin menilai kemajuan kerjasama Malaysia-Jepun.

Ia meliputi bidang pelaburan, perdagangan, teknologi tinggi, peralihan tenaga, kerjasama alam sekitar, pertahanan dan keselamatan.

Turut dibincangkan aspek pembangunan keupayaan dan bakat serta pendidikan tinggi.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar juga mengetuai delegasi bertemu pemimpin perniagaan Jepun berbincang prospek pelaburan yang dihoskan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Turut hadir, Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Tujuh syarikat Jepun terlibat antaranya, IHI Corporation, Tokuyama, dan ENEOS Holdings.

aidan