fb fb fb fb fb

Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud dibawa ke Masjid Negara

Anak kepada bekas Yang Dipertua Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib mengusung jenazah Allahyarham untuk dimandikan di Masjid Negara / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Februari- Jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, yang meninggal dunia pukul 4.40 pagi tadi di pusat perubatan Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) Kuala Lumpur, dibawa ke Masjid Negara untuk disolatkan.

Abdul Taib disahkan meninggal dunia selepas kira-kira seminggu menerima rawatan di hospital berkenaan.

Jenazah bekas Ketua Menteri Sarawak itu dibawa menggunakan kenderaan milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada pukul 9.05 pagi tadi tujuan pengurusan kematian sebelum dibawa ke Kuching untuk disemadikan.

Terdahulu, perkarangan hospital berkenaan mula dipenuhi dengan kunjungan ahli keluarga dan sahabat Allahyarham.

Turut kelihatan, Timbalan Menteri Ekonomi yang juga anak perempuan Allahyarham Datuk Hanifah Hajar Taib dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE