fb fb fb fb fb

Jenazah Taib Mahmud diterbangkan ke Kuching

Jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud diterbangkan ke Kuching pukul 2.00 petang tadi

KUALA LUMPUR, 21 Februari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof; Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan Menteri Komunikasi dan Fahmi Fadzil turut hadir ke pangkalan Tentara Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pukul 1.00 tengah hari tadi untuk memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud.

Turut kelihatan Toh Puan Raghad Kurdi Taib bersama-sama keluarga dan kenalan.

Jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja (TUDM) Subang kira-kira pukul 1. 05 minit tengah hari.

Jenazah dibawa menggunakan kenderaan jenazah milik Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), dari Masjid Negara.

Jenazah diberi kawalan kehormat oleh gabungan sembilan anggota Angkataan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Jenazah diterbangkan menggunakan Pesawat Tentera Udara Malaysia (TUDM) C 130 Hercules M30-14, pukul 2.00 petang tadi dan dijangka mendarat di Lapangan Antarabangsa Kuching.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI