fb fb fb fb fb

Jenazah Mohamad Khairul selamat dikebumikan

Allahyarham Mohamad Khairul meninggalkan isteri dan lima anak / Foto RTM

YAN, 23 November - Jenazah Penolong Jurutera, Jabatan Penyiaran Malaysia, Allahyarham Mohamad Khairul Zakaria, 46 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Singkir Laut, pagi tadi.

Suasana hiba dan pilu menyelubungi perkarangan tanah perkuburan yang dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Mohamad Khairul tiba di rumah mentuanya di Kampung Singkir Laut, kira-kira pukul 2.30 pagi.

Adik Allahyarham, Mohd Shafiq Zakaria menyifatkan Allahyarham Mohamad Khairul seorang yang baik, dan sering membantu ahli keluarga dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.

Allahyarham Mohamad Khairul yang telah berkhidmat 20 tahun di RTM meninggalkan seorang isteri dan lima anak berusia antara 8 tahun hingga 20 tahun.

FAUZIAH ABD RAHMAN