fb fb fb fb fb

Jenazah Komander Muhammad Firdaus Ramli dikebumi di kampung halaman

Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli

GEORGE TOWN, 23 April- Jenazah pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pegawai Memerintah Skuadron 503 Komander Muhammad Firdaus Ramli,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.

Menurut adik ipar beliau yang mahu dikenali sebagai Lina, 40, pihak keluarga sudah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

"Kami sedang menunggu maklumat lanjut daripada ibu dan ayah mentua yang berada di Lumut.

"Jenazah abang ipar saya akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar," katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Pantai Jerejak, Pulau Pinang hari ini.

Sementara itu, suasana sedih dan sayu menyelubungi kediaman keluarga Allahyarham Bintara Muda TNL Noor Rahiza binti Anuar di Taman Perumahan Awam, Pantai Murni, di sini.

Abang Allahyarham Abdul Latif Anuar, 46 tahun berkata kali terakhir mereka bertemu pada sambutan Aidilfitri lalu.
 
Namun Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan dan beliau begitu gembira merayakan bersama ahli keluarga.
 
Katanya, beliau menerima panggil daripada adik iparnya memaklum kejadian tu kira kira pukul 10.00 pagi tadi.

"Saya dapat panggilan daripada adik ipar saya dalam pukul 10.00 pagi tadi. Dia bagitahu adik Ijaterlibat dalam nahas helikopter terhempas.

"Allahyarham minat tentera sebab saya yang bawa untuk pergi temuduga tentera," katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang suami yang juga anggota TLDM serta empat orang anak.
 
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Kampung Haji Nyak Gham, Buat, Yan.

Bagi Umi Kalsom Khameh yang merupakan adik ipar kepada Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi binti Mohd Saedy terkejut apabila menerima perkhabaran duka itu.

"Kami sekeluarga termasuk ibu saya sangat terkejut apabila dimaklumkan oleh abang melalui panggilan telefon bahawa kak Farah terlibat dalam tragedi itu.Abang yang menelefon ibu , sebak tidak dapat meneruskan kata-kata untuk memberitahu ibu kejadian sebenar dan meminta ibu melihat video di Tik Tok yang tular," katanya.

Suami Allahyarham Mohd Faizal Khameh juga merupakan seorang Pegawai TLDM yang bertugas di Kuantan, Pahang.

Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki berusia 17 tahun, dan dua anak perempuannya masing-masing berusia 12 dan 10 tahun.

Jenazah Noorfarahimi dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Selama, Perak.

2304 KRU(Nama mangsa terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan
terhempas di Pangkalan TLDM Lumut)

Dalam pada itu keluarga Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun, 37 tahun yang maut dalam tragedi berkenaan menerima takdir dengan reda.

Kakak Allahyarham, Noryani Tamadun berkata, dia mengetahui kejadian itu kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.

Menurut Noryani, keluarganya sempat bertemu Allahyarham semasa perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

"Raya pertama baru-baru ini, dia sangat seronok. Dia ada cakap masa itu, Allahyarham kata semua ini kali terakhir.

"Bergambar kali terkahir, makan kali terakhir, makan kali terkahir, masak pun kali terkahir," katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanah Hitam, Sik mengikut istiadat tentera.

Manakala anak kepada Pegawai Memerintah Skuadron 502 Komander Muhamad Amir Mohamad reda ketika menerima perkhabaran duka itu.

Anak kepada Muhamad, Nuraina Farhana sedih dengan pemergian ayahnya yang terlibat dalam nahas berkenaan.

"Saya sedih, karekter ayah dia selalu senyap tetapi dia tetap dengar. Kalau saya nak sesuatu ayah akan bagi," katanya.

Meskipun anak perempuan kepada Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar menyifatkan dia kurang meluangkan masa bersama-sama dengan ibunya, namun pemergian ibunya tetap berbekas di hatinya.

"Saya tidak berapa ada masa yang banyak dengan Mama, sebab dalam tentera laut Mama sibuk. Kadang-kadang Mama pergi kerja waktu pagi, kalau balik tengah malam.

"Kadang-kadang bila saya balik tuisyen, Mama dah tidur. Memang kurang ada masa dengan Mama," katanya.

Lain pula bapa saudara kepada Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, dia sangat berbangga dengan pencapaian anak buahnya itu menyertai badan beruniform.

"Saya memang terharu dengan wira kita dan amat dibanggakan. Kita harap sama-sama kita mendoakan kesejahteraan semua yang mempertahankan negara," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI