PETALING JAYA, 21 November - Jenazah Ketua Jurukamera Unit Visual RTM, Allahyarham Jazarul Arif Jamaludin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, di sini petang tadi.
Ratusan hadir termasuk ahli keluarga, rakan-rakan dan pengurusan tertinggi RTM memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Terdahulu, solat jenazah disempurnakan di Masjid Muhammadi, Angkasapuri Kota Media selepas Solat Jumaat.
Allahyarham disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira pukul 1.52 pagi tadi.
Allahyarham Jazarul yang telah berkhidmat selama 19 tahun bersama RTM, meninggalkan seorang isteri serta empat orang anak.
Isterinya, Suridanila Abu Bakar ketika ditemui berkata, allahyarham mengalami komplikasi jantung dan kesukaran bernafas, awal pagi tadi.
Menurutnya, allahyarham juga sempat meminta dia dan anak-anak memeluknya erat malam tadi.