fb fb fb fb fb

Jenazah Bob Khalil selamat dikebumikan

Foto RTM

SELANGOR, 8 Mac- Jenazah pencipta lagu tema siri popular era 80-an, Opah, Abdul Khalil Hassan atau lebih dikenali sebagai Bob Khalil, selamat dikebumikan petang tadi.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan PJS 4, Petaling Jaya, kira-kira pukul 2.45 petang.

Bob meninggal dunia pada usia 79 tahun di kediaman anaknya di Puchong, Selangor, kira-kira pukul 8.00 pagi tadi.

Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit kencing manis dan meninggalkan empat orang anak.

Sebelum ini, allahyarham dilaporkan dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat saluran darah tersumbat pada kaki kanan dan menerima rawatan di hospital tersebut hampir sebulan.

Terdahulu, anak allahyarham, Endera Faizal mengesahkan berita pemergian itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM