BIDOR, 18 Mei- Van membawa jenazah Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar tiba di Kampung Poh Tambahan 1, Bidor pada pukul 6.00 petang tadi.
Jenazah kemudian disolatkan di rumah ibu bapa Allahyarham sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh.
Lebih 500 ahli keluarga, saudara mara dan sahabat hadir memberi penghormatan terakhir.
Turut kelihatan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Terdahulu, Allahyarham dan rakannya Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said maut dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada pukul 2.45 pagi semalam.
Serangan berkenaan turut menyebabkan seorang lagi rakan mereka cedera.
Artikel Berkaitan:
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota polis dibawa keluar dari HSI
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Raja Permaisuri Agong lawat anggota polis cedera
Motif serangan suspek di Balai Polis Ulu Tiram bersifat persendirian
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Jangan kongsi maklumat tidak pasti - Fahmi