IPOH, 18 Mei- Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor pada pukul 6.43 petang tadi.
Jenazah tiba di kediaman keluarganya pada pukul 6.00 petang dan disembahyangkan sekali lagi di Kampung Poh Tambahan 1 sebelum dikebumikan.
Suasana sedih menyelubungi kawasan tanah perkuburan sebaik sahaja van jenazah tiba di lokasi pengebumian.
Upacara pengebumian keperwiraan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimulakan dengan penyerahan bendera Jalur Gemilang daripada Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay kepada bapa Allahyarham, Azhar Khaiden, sambil disaksikan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Penyerahan itu sebagai penghormatan negara kepada Allahyarham dan keluarga.
Hampir 1,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, anggota polis serta penduduk kampung hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah.
Artikel Berkaitan:
Jenazah Ahmad Azza Fahmi tiba di kediaman keluarga
Pemergian mengejutkan, Allahyarham Ahmad Azza disifatkan rapat dengan keluarga