fb fb fb fb fb

Jenazah ADUN Mahkota selamat dikebumikan

Jenazah dikebumikan selepas solat jenazah di Masjid Jamek Kampung Tengah.

KLUANG, 2 Ogos- Jenazah Ahli Dewan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudahtul Sakinah Kampung Tengah, Kluang, petang tadi.

Allahyarham dikebumikan selepas solat jenazah di Masjid Jamek Kampung Tengah.

Ketibaan jenazah Allahyarham disambut lebih 200 orang, terdiri daripada ahli keluarga, sahabat, rakan seperjuangan dan masyarakat setempat.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

"Dia (Allahyarham) sangat mesra orangnya dan pemurah. Kalau EXCO 'meeting' (mesyuarat), memang kita terasa kehilangan dia..sebab makanan dia bawa, dia memang pemurah dan baik hati orangnya.. betul-betul seorang sahabat yang tiada gantinya," katanya kepada pemberita di sini.

Pemergian Allahyarham turut disifatkan kehilangan besar buat penduduk di kawasan Dewan Negeri Mahkota, Kluang.

BERITA BERKAITAN:

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM