fb fb fb fb fb

Jelajah Ramadan RTM 2024 melabuhkan tirai di Johor Bahru

Suhaimi Sulaiman (kiri)

JOHOR BAHRU, 30 Mac- Program Jelajah Ramadan Radio Televisyen Malaysia (RTM) 2024 melabuhkan tirainya hari ini selepas berlangsung selama tiga minggu bermula 10 Mac lalu.

Penutup jelajah di sini, Johor pagi tadi dimeriahkan oleh lebih 30 kakitangan RTM yang berkonvoi menaiki 10 kenderaan.
 
Acara dimulakan dengan bersahur di Masjid Al-Falah Seri Alam, Masai dan menyantuni golongan asnaf.
 
Majlis penutup kemudiannya disempurnakan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman di Stesen Minyak Petron Seri Alam, Masai.

"Tujuan kita di sini adalah untuk membuktikan yang sememangnya betul kita jujur nak ambil tahu apa yang berlaku di luar dan apa yang mereka mahukan.

"Apabila satu jenama (RTM) yang orang tengok... mereka ini nak ambil tahu (prihatin), orang akan sayang kepada jenama itu dan jenama itu akan sentiasa berada dan meniti di bibir mereka, itu yang paling penting," katanya ketika ditemui pemberita pada program terbabit, hari ini.
 
Jelas beliau, inisiatif memasuki siri ke-12 itu berlangsung dengan penuh jaya, hasil dedikasi kesemua peserta yang terlibat. 
 
Dalam majlis sama, lebih 30 pek set iftar diagihkan kepada anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Kasih Setanggi Johor Bahru dan keluarga kurang berkemampuan.

SITI AISHAH MD ISA