SUNGAI PETANI, 16 Mac- Jelajah Ramadan RTM 2024 tiba di Kedah, semalam.
Matlamat membantu golongan kurang berkemampuan, tercapai.
Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) Nasaruddin Abdul Muttalib berkata penganjuran program tersebut juga dapat membantu mempromosi budaya tempatan di lokasi terlibat. Ini menerusi liputan berterusan yang dilakukan sepanjang jelajah berkenaan.
"Disamping menyantuni golongan yang kurang bernasib baik sepanjang jelajah ini, saya lihat ia banyak memperkenalkan budaya tempatan untuk dipertontonkan kepada orang ramai", katanya pada program Jelajah Ramadan RTM 2024 Kedah di Sungai Petani.
Tambahnya, cuaca panas dan berpuasa, tidak menjadi halangan peserta konvoi, malah mereka lebih bersemangat untuk menyantuni golongan anak-anak yatim, asnaf dan golongan yang memerlukan.
Sementara itu, penambahbaikan akan terus dilaksana terhadap penganjuran program tahunan RTM itu.
Tahun depan, beliau berhasrat mengangkat kisah inspirasi penduduk di lokasi terlibat jelajah termasuk kejayaan usahawan muda.
Hari ini, Jelajah Ramadan RTM 2024 dijadual berkunjung ke Perlis.
Pelbagai acara berlangsung pada program Jelajah Ramadan RTM 2024. Ini termasuklah permainan tradisonal, bantuan sumbangan kepada anak-anak yatim dan tazkirah ramadan.