Jelajah Ramadan 2026 singgah di Perlis, 50 pelajar asnaf UniMAP terima sumbangan

Foto RTM

ARAU, 24 Februari -Program Jelajah Ramadan 2026, meneruskan kembara ke destinasi ketujuh, kali ini di Perlis dengan sajian istimewa gulai daging umbut pisang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program Jelajah Ramadan 2026 singgah di Perlis dengan sajian gulai daging umbut pisang.
  • 50 pelajar asnaf Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima sumbangan khas.
  • Acara diadakan di Pusat Islam dan Pembangunan Insan, UniMAP dengan penyertaan krew dan warga universiti.
  • Majlis turut melibatkan berbuka puasa, gotong-royong memasak dan semangat kebersamaan.

Penerbit Program Jelajah Ramadan Perlis, Azfarawaheda Aziz berkata, menerusi program itu, seramai 50 pelajar asnaf Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima sumbangan khas.

“Pengisian program di RTM Perlis ini mengetengahkan masakan tradisional orang lama. Kita mahu memberi peluang kepada para pelajar mencuba satu resipi yang sering dihidangkan pada majlis kenduri, iaitu gulai daging umbut pisang,” katanya kepada pemberita pada Program Jelajah Ramadan 2026, di sini.

Program berlangsung meriah di Pusat Islam dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Lebih 1,300 peserta terdiri daripada krew Jelajah Ramadan, warga universiti dan petugas RTM Perlis memeriahkan program berkenaan.

Selain penyampaian sumbangan, majlis berbuka puasa dan gotong-royong memasak, menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dalam program itu.