
KULIM, 17 Mac- Seramai 300 keluarga di daerah Kulim dan Bandar Baharu, Kedah menerima sumbangan menerusi Jemaah Dato’ Negeri Kedah (JDNK) berupa wang ringgit dan hamper makanan sempena Aidilfitri.
- Program tahunan JDNK terus komited menyantuni masyarakat kurang berkemampuan di negeri ini.
- Sumbangan turut diberikan kepada penerima bukan Islam termasuk masyarakat Cina dan India sebagai penghormatan kepada kepelbagaian budaya dan agama.
- Tunku Shazuddin Ariff, Presiden JDNK, berkenan menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan.
Menurut Naib Presiden I JDNK, Datuk Bakar Din berkata program tahunan itu terus komited menyantuni masyarakat yang kurang berkemampuan di negeri berkenaan.
“Sumbangan turut diberikan kepada penerima bukan Islam termasuk masyarakat Cina, India dan lain-lain sebagai penghormatan terhadap kepelbagaian budaya dan agama di negara kita,” katanya pada penyerahan sumbangan berkenaan pada Majlis Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2026/1447H di sini hari ini.
Datuk Bakar berkata, 200 penerima dari Kulim manakala 100 lagi dari Bandar Baharu.
Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin yang juga Presiden JDNK turut berkenan berangkat menyempurnakan majlis tersebut.