fb fb fb fb fb

JBPM Siap siaga hadapi MTL

Ketua Cawangaan Operasi Udara, Bahagian Udara JBPM, Penguasa Bomba Kanan, Roslan Aziz/FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 8 November- Unit Bahagian Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenalpasti sebanyak 247 lokasi pendaratan pesawat di seluruh negara sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula Sabtu ini hingga Mac depan.

Ketua Cawangaan Operasi Udara, Bahagian Udara JBPM, Penguasa Bomba Kanan, Roslan Aziz berkata unit udara akan menumpukan kesemua lokasi pendaratan pesawat berkenaan bagi memastikan operasi menyelamat dan penghantaran bantuan dapat dilakukan dengan cepat dan selamat.

"Setakat ini, aset kita yang beroperasi secara keseluruhan adalah lima buah helikopter di mana dua MI17, dan tiga Agustas yang berpengkalan di Subang, Bertam, Pulau Pinang dan di Miri, Sarawak", kata Roslan kepada pemberita selepas Program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Angkasapuri, pagi tadi.

Dalam pada itu, JBPM juga turut akan mempersiapkan helikopter ambulans, EMARS bagi memberikan perkhidmatan kecemasan sepanjang MTL.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD