fb fb fb fb fb

JBPM sasar tiga emas acara boling temasya Sukan Polis dan Bomba Sedunia 2022 di Rotterdam

BUKIT KATIL, 19 Julai- Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) meletakkan sasaran tiga pingat emas dalam acara tenpin bowling pada Sukan Polis dan Bomba Sedunia 2022 yang akan berlangsung di Rotterdam, Belanda pada 20 Julai hingga 3 Ogos depan.

Pengurus tenpin Bowling JBPM, Abu Bakar Katain berkata, sasaran itu diletakkan selepas kejayaan pasukannya merangkul dua emas pada edisi terdahulu yang diadakan di Chengdu, China pada 2019.

Bagi acara tenpin bowling, seramai sembilan atlet mewakili JBPM ke temasya sukan berkenaan.

“Kita sasar untuk boling, tigapingat emas Insya-Allah, saya yakin dengan latihan yang telah dilalui selama sebulan beserta dengan komitmen dan semangat yang ada, saya rasa dan yakin sasaran itu dapat dicapai pada kali ini” kata Abu Bakar.

Dalam pada itu, Abu Bakar yang juga Pengarah JBPM Melaka memaklumkan di Melaka seramai tiga atlet mewakili negara ke temasya itu masing-masing bagi acara badminton dan tenpin bowling.

Beliau ditemui media pada perhimpunan Dwi Tahunan JBPM Melaka di Bukit Katil.

Pada perhimpunan itu, beliau turut menyerahkan sumbangan RM500 kepada tiga pegawai yang bakal mewakili negara ke kejohanan sukan itu di Belanda.

Terdahulu, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid mensasarkan 9 pingat emas mampu diraih seramai 41 pegawai JBPM yang menyertai temasya itu dalam lima jenis acara daripada keseluruhan lebih 100 acara yang dipertandingkan.

Ia meliputi 11 atlet bagi sukan golf, lapan atlet bagi acara badminton, tiga atlet bagi bench press dan push pull, lima atlet bagi sukan dart dan baki sembilan atlet bagi sukan tenpin boling.

 


(Pengurus tenpin Bowling JBPM, Abu Bakar Katain)

Media Baharu