
KUALA LUMPUR, 24 Februari –Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan pemeriksaan ke atas 850 kediaman yang melibatkan pangsapuri dan rumah pangsa di seluruh negara pada tahun ini.
- JBPM menyasarkan pemeriksaan 850 pangsapuri dan rumah pangsa di seluruh negara tahun ini.
- Usaha ini bagi memperkukuh keselamatan kebakaran di kediaman bertingkat berisiko tinggi.
- 20 jentera Aerial Ladder Platform ditempatkan strategik untuk penyelamatan dan pemadaman bangunan tinggi.
- JBPM akan terima tambahan FRT dan CFRT pada 2026 serta memohon 10 LTTL dalam RMK13.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aiman Athirah Sabu berkata, langkah itu merupakan antara usaha berterusan kementerian dalam memperkukuh aspek keselamatan kebakaran, khususnya di kediaman bertingkat yang berisiko tinggi.
Menurut beliau, daripada aspek kesiapsiagaan jentera, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menggunakan jentera Fire Rescue Tender (FRT), Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan Compact Fire Rescue Tender (CFRT) yang ditempatkan di balai-balai bomba di seluruh negara bagi melaksanakan operasi pemadaman kebakaran.
“Pada masa sama terdapat 20 buah jentera Aerial Ladder Platform (ALP) telah ditempatkan di lokasi-lokasi strategik seluruh negara yang digunakan khas untuk membantu operasi penyelamatan dan pemadaman di bangunan tinggi.
“Pada tahun 2026, JBPM akan menerima tambahan 30 buah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan 37 buah jentera Compact Fire Rescue Tender (CFRT) yang mampu mengukuhkan lagi kesiapsiagaan pengoperasian JBPM.
“JBPM juga akan membuat permohonan bagi perolehan tambahan 10 buah jentera Light Turn Table Ladder (LTTL) dalam Rolling Plan Dua Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13),” katanya, dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.