JBPM Perlis rekod 206 panggilan kecemasan sepanjang Januari

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perlis memadam kebakaran

KANGAR, 5 Februari – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perlis merekodkan sebanyak 206 panggilan kecemasan bagi tempoh 1 hingga 31 Januari lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • 183 daripada 206 panggilan kecemasan pada Januari berkaitan kebakaran, mewakili 88.8 peratus.
  • Kebakaran belukar dan lalang paling tinggi dengan 137 kes akibat cuaca panas, kering dan berangin.
  • JBPM Perlis menasihatkan orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka dan terus giat pantau serta operasi pemadaman.

Menurut Pengarah JBPM Negeri, Penguasa Kanan Bomba 1 Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin, daripada keseluruhan panggilan kecemasan, sebanyak 183 atau 88.8 peratus merupakan panggilan berkaitan kebakaran, manakala hanya 22 kes melibatkan
penyelamatan.

Daripada 183 operasi kebakaran, jumlah kebakaran belukar dan lalang mencatatkan kes tertinggi dengan 137 berikutan cuaca panas, kering dan berangin ketika ini di Perlis, manakala kebakaran struktur dengan 14 kes dan selebihnya kebakaran lain.

“Untuk tempoh sama, terdapat peningkatan berbanding tahun lalu dan kami yakin trend ini akan terus meningkat dalam satu hingga dua bulan akan datang sehingga peralihan monsun berlaku.

“Apabila hujan turun, jumlah kes dijangka berkurangan. Setakat ini, trend menunjukkan sedikit peningkatan berbanding tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui pemberita selepas Perbarisan Tahunan 2026 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis di sini.

Orang ramai supaya tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka, sama ada secara sengaja atau tidak terkawal berikutan cuaca kering ketika ini.

JBPM Negeri Perlis terus komited dalam menjalankan pemantauan, tindakan penguatkuasaan serta operasi pemadaman demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan