fb fb fb fb fb

JBPM Kota Tinggi sedia gerak 70 anggota, 10 bot hadapi banjir

Ketua Zon 2, JBPM Johor, Penguasa Bomba Rasidi Md Yunus

KOTA TINGGI, 11 Januari- Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kota Tinggi sedia menggerakkan 70 anggota dan 10 bot penyelamat di enam balai untuk operasi menyelamat dan memindahkan penduduk terjejas banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Zon 2, JBPM Johor, Penguasa Bomba Rasidi Md Yunus berkata, sehingga pagi tadi pihaknya mendapat kerjasama baik daripada penduduk terjejas untuk berpindah lebih awal ke PPS.

"Nasihat pasukan penyelamat kepada penduudk terutama kawasan rendah adalah perlu sentiasa berwaspada, mendengar nasihat saripada agnesi penyelamat.

"Ia disebabkan agensi penyelamat sentiasa melakukan rondaan di kawasan banjir. Saya minta penduduk kawasan berisiko supaya sentiasa mengemas kini informasi terkini berkaitan banjir di kawasan masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan tinjauan banjir di sini.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan bahawa tiada laporan mangsa terperangkap banjir dan pihaknya turut melakukan operasi menyelamat melibatkan warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI