fb fb fb fb fb

JBPM Kelantan siap siaga hadapi fenomena Monsun Timur Laut

Zainal Madasin

BACHOK, 2 Oktober- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi fenomena Monsun Timur Laut (MTL) di negeri itu yang dijangka bermula November ini.
 
Pengarah JBPM Kelantan Zainal Madasin berkata, persiapan itu merangkumi kelengkapan logistik lengkap dan lebih 1,000 pegawai dan anggota serta bomba bantuan (PBB) sentiasa dalam keadaan siap sedia menghadapi fenomena itu.

Dalam pada itu JBPM Kelantan juga sudah mengenalpasti 610 lokasi 'hot spot' banjir di Kelantan antaranya di daerah Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tumpat.

"Setakat ini jumlah anggota yang KITA ADA DI Kelantan seramai 1,251 orang. Bagi saya mencukupi, bagaimanapun ada bantuan bomba dari negeri lain akan bantu," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media selepas merasmikan Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan di Pusat Latihan Negeri Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, di sini.   
 
Mengulas lanjut, Zainal memberitahu, kesemua peserta kursus pentauliahan diberi pendedahan secara teori dan amali berkait kemahiran mengendalikan peralatan bomba Mengikut Arahan Tetap Ketua Pengarah Bilangan 1 Tahun 2014.
 
Kursus berkenaan membabitkan latihan remedial operasi pemadaman, mencari dan menyelamat serta penggunaan alat pernafasan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI