fb fb fb fb fb

JBPM Kedah pantau rapi kawasan berisiko terdedah kebakaran

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Kedah, Awang Hidzel Awang Bujang

ALOR SETAR, 15 Februari - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Kedah sedang memantau rapi semua kawasan berisiko terdedah kebakaran bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini sepanjang cuaca panas dan kering ketika ini.

Pengarahnya Awang Hidzel Awang Bujang berkata pihaknya sentiasa bersiap siaga kemungkinan berlaku peningkatan kebakaran susulan fenomeno El Nino .

Katanya setakat Januari 2024 hingga hari ini sebanyak 81 peratus atau 606 daripada 745 panggilan kecemasan di Kedah adalah melibatkan kebakaran terbuka kawasan belukar, kebun, ladang, hutan dan pembakaran sampah.
 
Empat daerah dikenal pasti sebagai kawasan panas kerap berlaku kebakaran terbuka berdasarkan jumlah panggilan kecemasan iaitu Kota Setar 183 panggilan, Kuala Muda 169, Kubang Pasu 90, Langkawi 85.
 
Selain itu, jentera dan kekuatan anggota JBPM  Negeri Kedah di 20 Balai Bomba dan Penyelamat  (BBP) termasuk pasukan bomba bantuan dan sukarela mencukupi .
 
Terbaharu lima jentera tangki air berkapasiti 20,000 liter ditempatkan di BBP Alor Setar, Sungai Petani, Bukit Kayu Hitam dan Kulim yang mempunyai kawasan yang luas.
 
"Secara umum 2021, 2022 2023 trendnya adalah menurun dan menaik pulak pada 2023 dan di sini kita dapati memang tahun ini cuaca sikit panas akibat daripada itu ada kawasan kering mudah belaku kebakaran, saya ambil kesempatan ini orang awam aktiviti mudah contoh merokok, pastikan sebelum buang puntung rokok pastikan sudah padam sepenuhnya," kata Awang Hidzel kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan tahunan 2024 JBPM Negeri Kedah.
 
Terdahulu beliau turut menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 30 pegawai dan 60 penerima Sijil Kecemerlangan kepada pegawai JBPM Kedah.
 
Selain itu lima pengamal media turut menerima sijil penghargaan termasuk wartawan RTM Noorhidayah Anuar.

TETITIA YUSOFF