fb fb fb fb fb

JAWI saran anjur solat hajat dan doa selamat

Semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disaran mengadakan solat sunat hajat dan doa selamat, memohon perlindungan Allah dari sebarang musibah / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 4 September – Semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disaran mengadakan solat sunat hajat dan doa selamat, memohon perlindungan Allah dari sebarang musibah.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail menyarankan ia diadakan selepas solat Isyak, esok dan selepas solat Jumaat 6 September ini.

"Ini susulan beberapa tragedi dan bencana di sekitar Kuala Lumpur seperti banjir kilat dan kejadian tanah jerlus baru-baru ini," katanya menerusi kenyataan.

Mohd Ajib turut menzahirkan empati kepada mangsa dan waris yang terlibat.

Beliau turut mendoakan dan berharap agar segala usaha dan sumbangan bakti semua pihak dalam memelihara kemaslahatan umat dikurniakan ganjaran di sisi Allah.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN