fb fb fb fb fb

Jawi Run 2023 tarik hampir 3,000 peserta

 

KUALA LUMPUR, 30 Julai- Sekitar 3,000 peserta menyertai acara Jawi Run 2023 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Dataran Merdeka sempena KL Car Free Morning bagi mendekatkan dan memperkenal agensi-agensi agama kepada masyarakat berbilang kaum dengan aktiviti riadah.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, program seumpama ini mampu mengeratkan perpaduan serta menyemai semangat muhibah dalam kalangan masyarakat selaras dengan prinsip Malaysia Madani.

"Sambutan ini adalah merupakan sebahagian daripada sunnah Nabi Muhammad SAW, nabi sebut, akal yang baik sejahtera itu ada pada tubuh badan yang baik jadi dengan galakan Jawi Run dan penyertaan yang ramai ini kita harap masyarakat Islam dan bukan Islam selain dapat bersatu padu berkenal kenalan antara satu sama lain.

"Selain beriadah, aktiviti larian ini juga dapat memastikan kesihatan mereka terjamin,"katanya.

Beliau ditemui setelah melancarkan Program Jawi Run 2023 di ibu negara.

Tambahnya lagi, ini merupakan tahun pertama pelaksanaan acara larian Jawi Run dan telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada masyarakat di sekitar Kuala Lumpur.

Larian, terbahagi kepada dua kategori jarak larian iaitu tiga kilometer dan lima kilometer serta terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tidak mengira usia, agama mahupun bangsa demi menyemarakkan semangat perpaduan antara kaum.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar)

Media Baharu