fb fb fb fb fb

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen jadi semak dan imbang Belanjawan 2025

Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul

KUALA LUMPUR, 16 Oktober - Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen akan memainkan peranan penting dalam meneliti Belanjawan 2025, kata Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Beliau berkata, jawatankuasa itu berfungsi untuk menambah baik serta mengukuhkan peranan institusi Parlimen, dengan memastikan aspek semak dan imbang dalam proses belanjawan.

"Saya ingin melihat dan memohon kepada Select Committee ini dalam bajet ini melihat fokus apa lagi yang boleh mereka bantu, bukan sahaja kementerian tetapi juga masyarakat yang boleh memberikan dorongan dan inspirasi kepada rakyat.

"Contoh, 'Oh, angle ini kita terlepas pandang,' 'Oh, angle ini kita termiss.' Dengan benda yang mereka bangkitkan dan ungkitkan ini akan disambut oleh kementerian dan juga pemerintah. Itu sangat penting,” katanya ketika ditemui dalam program Naratif Khas Pra Belanjawan 2025 di Angkasapuri.

Jawatankuasa tersebut terdiri daripada 9 ahli Parlimen, dengan 6 dari pihak kerajaan dan 3 dari pembangkang.

GRACE AISYAH KEDAYAN