SHAH ALAM, 9 Julai - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberi jaminan bahawa hasil laporan siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa khas mengenai insiden letupan saluran gas di Putra Heights akan dibawa ke sidang dewan negeri Selangor .
" Seramai tujuh pakar akan menganggotai jawatankuasa khas yang ditubuh kerajaan negeri bagi meneliti hasil laporan pasukan teknikal insiden berkenaan ", katanya.
Siasatan menyeluruh akan dijalankan oleh Jawatankuasa Khas Adaptasi Risiko Saliran Paip Gas yang turut membabitkan pakar bebas, termasuk pihak Engineering and Management Group atau Environmental Management Group (EMG).
Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan PBT, Jabatan Mineral dan Geologi (JMG), Petronas, Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan pihak pembangkang juga diminta mengemukakan dua pakar untuk menyertai jawatankuasa tersebut.
" Ada jawatankuasa yang akan siasat dan bawa laporan itu dalam masa secukupnya untuk disemak dan kemudiannya dibahaskan ", katanya.
Beliau berkata demikian Ketika menggulung usul insiden letupan Putra Heights di Sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam.