fb fb fb fb fb

Jawatankuasa khas atasi banjir kilat dalam negara dibentuk

KUALA LUMPUR, 28 Mac - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengatasi masalah banjir kilat di negara ini.

Jawatankuasa tersebut diketuai Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dibawah KPKT dan dianggotai pelbagai agensi kerajaan dan pejabat setiusaha kerajaan negeri.

Jelas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr. Ismail Abd Mutalib jawatankuasa tersebut telah menyediakan draf pelan tindakan bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tempoh 5 tahun.

(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr. Ismail Abd Mutalib
ketika menjawab soalan Senator Datuk Razali Idris di Parlimen)

"Antara pelan tindakan yang telah digariskan bagi mengatasi masalah banjir di kawasan perindustrian adalah seperti berikut, pertama menaik taraf sistem saliran lama yang tidak sistematik berdasarakan senarai  tempat yang biasanya berlaku banjir kilat dengan keadaan yang lebih mesra alam.

"Kedua mengemaskini dan menyelaras inventori sistem saliran yang merangkumi hak milik tanggungjawab menyelenggra lokasi dan butiran terperinci berkaitan bagi memudahkan kerja penyelenggraan di kawasan PBT," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Razali Idris di Parlimen.

Tambah Ismail, turut dilaksana, hebahan dan kempen kesedaran awam.

Media Baharu