fb fb fb fb fb

Jatronics bukan pengilang semikonduktor di Malaysia- MITI

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 5 Jun- Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI) mengumumkan Jatronics Sdn Bhd (Jatronics) bukanlah pengilang semikonduktor di Malaysia seperti yang dilaporkan.

Sebaliknya ia syarikat perdagangan Malaysia yang terlibat dalam perdagangan semikonduktor dan fabrikasi.

MITI menerusi kenyataan media berkata, tindakan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat terhadap syarikat ini merupakan sebahagian daripada sekatannya yang luas.

Ia menyasarkan 300 entiti dari pelbagai negara, termasuk Republik Rakyat China (PRC), Belgium, Turkiye, Slovakia dan UAE, berkaitan dengan konflik Ukraine-Rusia.

Justeru, MITI menasihatkan kesemua syarikat agar mengetahui senarai sekatan yang dikenakan oleh negara lain seperti Amerika Syarikat.

MITI juga menggesa pengeksport untuk berwaspada dan sentiasa dimaklumkan tentang sebarang langkah menyekat perdagangan dan sekatan unilateral yang dikenakan oleh rakan perdagangan utama untuk memastikan mereka tidak akan dikenakan sebarang sekatan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE