fb fb fb fb fb

JAS Kedah sahkan pencemaran anak sungai di Jitra

Air sungai yang jernih bertukar hijau, tercemar berpunca daripada pelepasan air kolam memancing berdekatan / FOTO Orang Awam

JITRA, 10 Mac- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengesahkan berlaku pencemaran di anak sungai Kampung Charok Jambu, Mukim Malau, Jitra, yang dipercayai berpunca daripada pelepasan air kolam memancing berdekatan.

Menurut Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab, aduan diterima daripada komuniti dusun durian Kampung Bayas dan Kampung Charok Jambu sebelum pasukan JAS menjalankan siasatan di lokasi selama hampir tiga jam pada 6 Mac lalu.

Siasatan awal mengesahkan berlakunya pencemaran, dengan bacaan in-situ mencatatkan kadar keseluruhan pada paras 2.

Bagaimanapun, memandangkan punca pencemaran bukan daripada premis yang dikawal JAS, aduan telah dipanjangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Perikanan dan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, anak sungai itu bukan sahaja digunakan penduduk sekitar untuk mandi-manda, tetapi turut menjadi sumber air bagi menyiram pokok buah-buahan dan kawasan pertanian mereka.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE