fb fb fb fb fb

Jaringan perkhidmatan van DRT diperluas- Rapid Bus

FOTO RAPID BUS

KUALA LUMPUR, 18 Mei- Jaringan perkhidmatan van 'Demand Responsive Transit' (DRT) diperluas dengan penambahan laluan baharu.

Menerusi satu kenyataan, Rapid Bus Sdn Bhd berkata laluan tersebut merupakan LRT Sri Rampai ke Giant Ulu Kelang.

Laluan itu menawarkan fleksibiliti untuk menempah perjalanan mengikut masa yang diinginkan melalui aplikasi Kumpool.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij berkata, laluan-laluan yang dipilih untuk perkhidmatan DRT tersebut adalah daripada laluan yang mempunyai kadar pengguna dan kekerapan yang agak rendah.

"Penambahan laluan menggunakan mod DRT ini memberikan nafas baharu dan merancakkan lagi pengangkutan awam di sekitar Lembah Klang,"katanya.

Menjelang penghujung bulan Jun 2024, Rapid Bus akan memperluaskan lagi jaringan DRT dengan lebih daripada 15 buah van di beberapa buah stesen LRT yang lain di Lembah Klang.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE