fb fb fb fb fb

JaPen tarik kad media wartawan Harakah

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 November- Jabatan Penerangan (JaPen) menarik semula kad perakuan media wartawan Harakah selepas dipercayai menyiarkan artikel memaparkan foto Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bendera Israel.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata ia dibuat berlandaskan syarat yang sedia tertulis sebelum kad berkenaan dikeluarkan.

"Sudah pasti Jabatan Penerangan ada sebab-sebab mereka tersendiri untuk tindakan tersebut diambil. Namun kepada Harakah dan sesiapa yang mungkin terkesan dengan keputusan tarik balik seperti ini, mereka boleh buat rayuan dan boleh diteliti semula," kata Fahmi kepada pemberita di ibu negara, hari ini.

Semalam, media melaporkan kad perakuan Harakah ditarik selepas foto perdana menteri dengan bendera negara itu tersebar.

 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM