fb fb fb fb fb

'Jangan takut...' kata PM kepada nelayan, pemancing di Laut China Selatan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni anggota polis yang bertugas pada Majlis Bulan Keselamatan Negara 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini/Foto PMO

PUTRAJAYA, 30 Julai - Nelayan dan pemancing di Laut China Selatan dinasihat untuk tidak bimbang dengan kehadiran kapal Pengawal Pantai China (CCG), khususnya di kawasan sekitar Beting Patinggi Ali.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada ringkas berkata "jangan takut" mengenai kehadiran kapal-kapal berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bulan Keselamatan Negara 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan terdapat kegusaran dalam kalangan nelayan di perairan berkenaan mengenai kehadiran kapal CCG di sekitar kawasan itu.

Beting Patinggi Ali terletak di kedudukan 84 batu nautika (155 km) dari pantai Miri, Sarawak dan dalam kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.

Kementerian Pertahanan sebelum ini berkata Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sentiasa memantau enam kawasan maritim Malaysia merangkumi Selat Melaka, Laut Cina Selatan, Laut Sulawesi dan Laut Sulu untuk mengesan kapal mencurigakan dan kapal perang negara lain.

GRACE AISYAH KEDAYAN