fb fb fb fb fb

Jangan pergunakan isu agama dan kaum, jejaskan keharmonian negara - PM

Foto BERNAMA

KOTA SAMARAHAN 31 Mac- Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah untuk tidak bertolak ansur sama sekali kepada sesiapa yang bertindak sendiri berkaitan isu stoking yang ditulis kalimah Allah oleh KK Mart.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa isu agama dan perkauman tidak wajar digunakan dalam memporak peranda kan negara.

Tegasnya, mereka yang melakukan keganasan akan diambil tindakan sewajarnya.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Sarawak 2024 bersama Perdana Menteri di Masjid Al Muttaqin, Kota Samarahan, malam tadi.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa tiada perbincangan lanjut berkaitan Pangkalan Data Utama (PADU) di Sarawak kerana ia telah diselesaikan dengan baik.

Ujarnya, pendaftaran di Sarawak berjalan dengan baik dan beberapa kebimbangan berkaitan PADU juga telah ditangani.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli akan mengadakan pertemuan dengan pimpinan kerajaan negeri.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM