fb fb fb fb fb

"Jangan parkir di tepi jalan utama" - Datuk Bandar MBAS

Kenderaan parkir di tepi Jalan Pegawai, Alor Setar

ALOR SETAR, 15 Januari- Orang awam diingatkan supaya tidak meletak kenderaan di bahu jalan yang bertanda garisan kuning dan ingkar papan tanda isyarat di hadapan kawasan penjaja malam Persiaran Sultan Abdul Hamid kata Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Datuk Mohd Yusri Md Daud.

Kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan saman dan kompaun oleh Pihak Polis dan Warden Lalulintas MBAS.

"Pengunjung yang mahu ke lokasi tersebut dinasihatkan untuk menggunakan kemudahan ruang parkir yang telah disediakan di kawasan berhampiran," katanya ketika dihubungi RTM di sini.

Penjaja Malam di Jalan Pegawai menjadi tarikan terbaru di Bandaraya Alor Setar.

Seramai 80 usahawan terutama peniaga makanan beroperasi di Kawasan Penjaja Malam.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI