fb fb fb fb fb

Jangan gugat prinsip Perlembagaan negara - Anwar

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 14 Jun- Penjawat awam diingatkan agar tidak menggugat prinsip utama Perlembagaan yang menjadi kekuatan negara.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tindakan akan diambil kepada pelaku berkenaan dan didakwa di muka pengadilan.

"Ada yang kata oh maknanya tak boleh sebut soal kaum, tak boleh soal agama atau raja... tak betul.

"Boleh sebut.. tapi jangan fitnah, jangan tanam bibit perpecahan ini, belajar pengalaman dari negara-negara lain..pergaduhan di antara kelompok -kelompok mazhab Islam, pergaduhan antara kaum, pergaduhan antara negara, hancur negara," katanya ketika berucap pada Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM