fb fb fb fb fb

Jangan buat sebarang kenyataan, tindakan yang boleh cetuskan ketegangan kaum

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 8 April -Semua pihak diseru untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dan sensitiviti masyarakat.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata walaupun kementeriannya tiada kuasa atau peruntukan khas seperti akta untuk mengambil tindakan dari segi perundangan, pihaknya melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) berperanan penting membantu mengurus isu perpaduan.

"Antara mekanisme pengurusan isu perpaduan yang sedang dilaksanakan JPNIN adalah pemantauan isu perpaduan pada peringkat akar umbi melalui sistem E-Sepakat, mediator komuniti sebagai pendamai masyarakat serta penubuhan Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK HARMONI)," katanya menerusi kenyataan.

Tambah Aaron, menjadi kewajipan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab untuk terus mempertahankan keamanan dan keharmonian negara dengan tidak melakukan perbuatan provokasi serta keganasan yang akan mengakibatkan konflik dan kekacauan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN