fb fb fb fb fb

Jangan abai aspek keselamatan rumah pada musim perayaan- Bomba

Majlis Agihan Bubur Lambuk JBPM Bintulu dengan kerjasama Malaysia LNG

BINTULU, 27 Mac- Masyarakat diingatkan agar meningkatkan kesedaran untuk mengutamakan aspek keselamatan bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini sepanjang musim perayaan ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, masyarakat tidak boleh mengambil mudah aspek keselamatan dan pencegahan kebakaran terutamanya membabitkan kediaman masing-masing.

"Kita selalu nasihatkan kepada orang yang akan bercuti supaya memastikan segala peralatan elektrik terutamanya dimatikan terlebih dahulu, kerana kita akan bercuti panjang kalau diikutkan tarikh cuti Hari Raya kebanyakan orang akan bercuti seminggu hingga dua minggu jadi rumah ditinggalkan dalam tempoh yang lama.

"Bukan sekadar Bomba, malah pihak polis juga menasihatkan orang awam sekiranya balik ke kampung untuk memaklumkan kepada pihak polis untuk buat rondaan,"katanya semasa ditemui pemberita pada Majlis Agihan Bubur Lambuk JBPM Bintulu dengan kerjasama Malaysia LNG di Bintulu, petang semalam.

Terdahulu, Wan Kamarudin menegaskan antara inisiatif dilakasanakan pihaknya ialah mengadakan program kesedaran dan menyusun strategi awal bagi memberi penekanan kepada pendidikan, penguatkuasaan, pencegahan dan pemantauan untuk meningkatkan kesedaran masyarkat terhadap keselamatan pada musim perayaan Aidilfitri lama lagi.

Sebanyak 500 pek bubur lambuk diagihkan kepada masyarakat bintulu dalam majlis tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE