fb fb fb fb fb

Jambatan Sungai Kemena siap pada penghujung tahun 2025

Jambatan Sungai Kemena dalam pembinaan dijangka siap tahun hadapan

BINTULU, 22 Mac- Projek pembinaan jambatan batang kemena di Sebauh yang dirancang kerajaan negeri bagi memudahkan penduduk menyeberang Sungai Kemena ke hulu Sebauh tanpa menggunakan perkhidmatan feri akan siap pada penghujung tahun 2025.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata pembinaannya sebelum ini dikelaskan sebagai projek sakit telah diambil alih oleh kontraktor penyelamat yang telah dilantik.

”Saya lihat jambatan melintasi pekan Sebauh ataupun Sungai Kemena mungkin dapat disiapkan hujung tahun hadapan dan kontraktor telah berjanji mungkin seawal Julai ataupun Ogos.

"Jadi yang saya mahu teruskan iaitu masjid dan gereja yang juga telahpun diluluskan pada 2020 dan sekarang kerja telahpun dalam pertapakan dan reka bentuk,”katanya pada sidang media di Pejabat Daerah Sebauh, petang tadi.

Terdahulu, Stephen memberitahu untuk kawasan Ulu Pandan, Fasa 1 sudah siap manakala Fasa 2 dalam proses pembinaan manakala Fasa 3 telah pun diluluskan oleh Pembangunan Wilayah BPW .

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE