fb fb fb fb fb

Jambatan Pulau Pinang akan ditutup hingga Ahad

Foto fail/ Bernama

GEORGE TOWN, 14 Disember - Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara sempena acara “Penang Bridge International Marathon 2023” yang bermula 12.01 tengah malam hingga 10 pagi, Ahad ini.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan berkata, jambatan itu akan dibuka dan beroperasi seperti biasa bermula 10.00 pagi pada hari sama selepas acara larian tamat.

"PLUS menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) sebagai jalan alternatif dan mematuhi semua papan tanda serta arahan diberikan," menurut kenyataan itu.

Untuk sebarang maklumat, pengguna lebuh raya boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Aplikasi X @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI atau papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih.

Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

TETITIA YUSOFF