fb fb fb fb fb

Jambatan Muput siap awal, beri manfaat kepada penduduk di Tatau

Datuk Seri John Sikie Tayai pada Majlis Penyerahan Jambatan Muput di Tatau

TATAU, 19 Jun- Jambatan Muput, Tatau yang telah pun siap dibina bakal memberi manfaat kepada penduduk dari 44 rumah panjang untuk memudahkan akses terutamanya ke tiga sekolah dan dua klinik iaitu Klinik Kesihatan Nanga Tau dan Nanga Penyarai.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Seri John Sikie Tayai berkata, jambatan yang menelan kos RM2 juta tersebut dibina bawah projek kecil pemulihan dan pembangunan menggunakan Dana Lembaga Kumpulan Wang Kawasan Konsensi Hutan (LKWKKH) Daerah Tatau 2023.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Jambatan Muput, pagi tadi di Tatau .

Dalam pada itu, Datuk Seri John Sikie juga menzahirkan rasa terima kasih kepada pihak kontraktor yang dapat menyiapkan jambatan tersebut dalam tempoh enam bulan berbanding lapan bulan seperti tempoh yang telah ditetapkan.

Tambahnya lagi , terdapat tiga agensi yang akan membangunkan kawasan Kakus iaitu Mid Rejang Regional Development Agency (MIRRDA), RECODA serta Bintulu Rural Development Committee (BIRDCOM) menjadikan kawasan tersebut membangun menjelang tahun 2030 nanti.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE