fb fb fb fb fb

Jalan Tambalang Along 3 Beaufort dinaik taraf jalan konkrit

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam turun padang meninjau jalan di Jalan Tambalang Along 3 Beaufort/Foto Facebook Datuk Ruslan Muharam

BEAUFORT, 22 Jun - Kerajaan negeri akan menaik taraf Jalan Tambalang Along 3 yang sejauh 400 meter kepada jalan konkrit dalam masa terdekat, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam.

Menurut beliau, projek naik taraf jalan berkenaan menelan kos RM300,000 akan memberi manfaat kepada lebih 800 penduduk.

"Kerana pertama sekali jalan ini, jalan ke tanah perkuburan Kristian dan untuk memudahkan mereka membawa keluar hasil tanaman mereka.

"Kawasan ini sering dilanda banjir dan mengakibatkan tanah menjadi mendap yang pasti menjadi satu kerumitan kepada penduduk kampung, jadi satu keperluan untuk menaikan taraf jalan ini menjadi jalan konkrit." katanya kepada pemberita selepas meninjau jalan berkenaan semalam.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, projek naik taraf jalan itu dijangka siap dalam tempoh seminggu, bergantung kepada keadaan cuaca.

Dalam pada itu, Ruslan berkata kerajaan negeri akan membina padang bola sepak di Kampung Bukau bagi memenuhi aspirasi golongan beli di kawasan berkenaan.

"Projek tersebut menelan kos RM200,000 yang akan menggunakan peruntukan ADUN di kawasan tanah seluas 6 hektar," katanya.

Sementara itu bagi perancangan pembangunan lain, pihaknya akan membina masjid baharu, dewan serbaguna selain pemindahan Sekolah Kebangsaan Bukau, akibat sering dilanda banjir.

GRACE AISYAH KEDAYAN