Jalan Pintasan Sawah Baru–Tenang Stesen siap dinaik taraf

Jalan Pintasan dari Jalan Sawah Baru ke Tenang Stesen, Segamat, Johor

SEGAMAT, 18 Mac – Projek menaiktaraf Jalan Pintasan dari Jalan Sawah Baru ke Tenang Stesen, Segamat, Johor siap sepenuhnya, pada Januari lalu dengan kos keseluruhan RM39 juta.

RINGKASAN BERITA AI
  • Naiktaraf melibatkan jajaran sepanjang 6.4 kilometer dan pembinaan tiga jambatan baharu.
  • Kerja turut termasuk pengalihan utiliti dan pemasangan lampu jalan di sepanjang laluan.
  • Projek bermula Mac 2022, kini memasuki pembersihan tapak dan Perakuan Siap Kerja telah dikeluarkan.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, naiktaraf tersebut melibatkan jajaran sepanjang 6.4 Kilometer dan tiga buah pembinaan jambatan baharu.

Inisiatif turut melibatkan pengalihan utiliti dan pemasangan lampu jalan di kawasan berkenaan.

Projek bermula sejak Mac 2022, kini memasuki fasa pembersihan tapak, dan Perakuan Siap Kerja telah dikeluarkan, pada Februari lalu.

Projek naik taraf berkenaan dijangka menyediakan sistem perhubungan yang lebih efisien selain meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya, sekali gus memberi manfaat kepada penduduk sekitar Labis dan Tenang.

Ia menyediakan sistem perhubungan efisyen dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya, seterusnya memanfaatkan penduduk Labis dan
Tenang.