fb fb fb fb fb

JAKOA rangka inisiatif tangani kemiskinan Orang Asli

(FOTO RTM)

GUA MUSANG, 17 Julai- Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) melaksana pelbagai insentif dan program penyusunan ekonomi secara berkesan bagi membantu masyarakat orang asli keluar daripada garis kemiskinan.

Ketua Pengarahnya, Sapiah Mohd. Nor berkata isu kemiskinan masih membelenggu 80 hingga 90 peratus masyarakat Orang Asli.

"Bagi membangunkan ekonomi masyarakat Orang Asli yang berada di pedalaman, 80 peratus berada dalam pelbagai program.

"Bukan sahaja Program INFRA, pembangunan jalan dan rumah.Kita juga melibatkan sektor ekonomi seperti bantuan pertanian, keusahawanan dan latihan berdasarkan dasar dan polisi baharu KKDW", katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Karnival Sukan Orang Asli Negeri Kelantan dan Terengganu di sini.

Sementara itu, Sapiah memaklumkan terdapat kira-kira 213,000 orang asli dan 835 kampung di seluruh negara berdaftar dengan JAKOA.


(Ketua Pengarah JAKOA, Sapiah Mohd Nor)

Media Baharu