fb fb fb fb fb

JAKM Selangor: Kenduri rakyat oleh 40 usahawan

KUALA LUMPUR, 15 Ogos- Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Selangor yang bakal berlangsung selama tiga hari di Perkarangan Stadium Shah Alam bermula 19 hingga 21 Ogos ini, diterajui oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Kelainan penganjuran kali ini, Keluarga Malaysia akan mengadakan Kenduri Rakyat dengan konsep "Citarasa Kenduri @ Foodtruck" yang disediakan oleh hampir 40 usahawan foodtruck secara percuma.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Suriani Datuk Ahmad mengalu-alukan usahawan untuk hadir ke JAKM kali ini bagi menyertai program padanan perniagaan.

"Akan diadakan padanan perniagaan yang mana SME Corp menjadi peneraju agensi , kali ini ada 20 syarikat peneraju yang akan terlibat seperti Mydin , Lulu Mart ,Lotus dan juga Petronas Mesra, Para usahawan akan dijemput untuk bersama-sama memberi tawaran apa yang dia boleh beri , boleh supply kepada syarikat peneraju," katanya.


(Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Suriani Datuk Ahmad)

Pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan termasuk sesi dialog usahawan bersama Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Omar bagi permerkasaan usahawan.

Selain itu, Khemah Jualan Harga Patut yang menjual barangan keperluan asas seperti minyak masak, gula , tepung dengan harga murah berbanding harga pasaran setempat.

Media Baharu