fb fb fb fb fb

JAKM Kelantan: Lebih 2,000 hadir tonton Mat Kilau percuma

KOTA BHARU, 25 Julai- Lebih 2,000 penduduk khususnya sekitar Parlimen Ketereh bertuah, berpeluang menonton tayangan filem “box office” Mat Kilau secara percuma malam tadi.

Program dibawakan secara eksklusif oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) pada Majlis Malam Patriotik diadakan di Dewan Tun Ghaffar Baba, Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Padang Kala, Melor, Kota Bharu.

Ia julung kali dianjurkan di negeri itu dan merupakan sebahagian pengisian sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Kelantan edisi keenam.

Selain kedudukan antara jantina di asingkan, penonton juga tidak dibenarkan untuk membuat sebarang rakaman.

Turut hadir menyaksikan tayangan filem yang berlangsung hampir dua jam itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa serta beberapa orang barisan pelakon filem berkenaan.

Penonton yang hadir mula memenuhi segenap ruang dewan sejak jam 8 malam, tidak berganjak sehingga selesai tayangan.

 


(MenKomm Tan Sri Annuar Musa turut sama menyaksikan tayangan filem Mat Kilau)

Media Baharu