fb fb fb fb fb

JAKM di Johor jadi penanda aras penganjuran di negeri lain

JOHOR BAHRU, 5 Mac- Penganjuran Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di Johor akan dijadikan penanda aras kepada siri jelajah program itu di negeri lain.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelaksanannya akan ditambah baik dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian pada masa akan datang.

Tambah beliau, JAKM merupakan langkah tepat untuk penyaluran maklumat dan dasar kerajaan secara terus kepada rakyat.

"Sebenarnya tujuan kita laksanakan JAKMĀ adalah untuk membawa perkhidmatan kerajaan dan agensi kerajaan terus kepada rakyat dan saya rasa hasrat tu telah pun tercapai," katanya kepada RTM di Dataran Angsana di sini.

Sepanjang tiga hari penganjuran, lebih 13,000 ribu pengunjung hadir, berbanding sasaranĀ 10,000 orang yang ditetapkan sebelum ini.

JAKM merupakan kesinambungan daripada kejayaan penganjuran program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Disember lalu.

Pelbagai acara disediakan termasuk Program Jamin Kerja Keluarga Malaysia, Jualan Keluarga Malaysia, gerai usahawan, Citrarasa Keluarga Malaysia, permainan e-sukan dan sukan rakyat.

Media Baharu