fb fb fb fb fb

JAKIM tarik pengiktirafan tiga badan pensijilan halal luar negara

Kenyataan media JAKIM

KUALA LUMPUR, 27 Februari- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengemas kini senarai Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf dengan menarik balik pengiktirafan terhadap tiga badan sedia ada serta mengumumkan perubahan pada logo halal bagi dua negara.

Tiga badan pensijilan yang ditarik balik pengiktirafannya ialah China Islamic Association (CIA) dari China, Centre For Halal Quality Certification (CHQC) dari Croatia dan Ritual Association of Lyon’s Great Mosque (ARGML) dari Perancis.

Selain itu, perubahan pada logo halal turut melibatkan Sri Lanka dan Arab Saudi.

Dengan kemas kini ini, jumlah terkini Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM ialah 85 badan dari 47 negara.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui myehalal.halal.gov.my.

SITI AISHAH MD ISA