PUTRAJAYA, 5 Januari - Pengusaha perniagaan yang berhasrat menyediakan perkhidmatan juadah sempena Ramadan akan datang seperti hotel, restoran dan seumpamanya disaran memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 sekiranya pengusaha mengiklankan makanan halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti Bufet, Iftar dan Set Ramadan tanpa memiliki SPHM.
"Sehubungan itu, pengusaha yang merancang untuk menyediakan perkhidmatan Bufet Ramadan dan seumpamanya namun masih belum mempunyai SPHM, adalah dinasihat untuk membuat permohonan secepat mungkin sama ada di JAKIM atau Jabatan mahupun Majlis Agama Islam Negeri-negeri.
"Pihak JAKIM bersedia untuk membantu pengusaha-pengusaha mendapatkan SPHM," katanya menerusi kenyataan.
Tambah Hakimah, sebarang pertanyaan lanjut, pengusaha boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Halal JAKIM di talian 03-8892 5000 atau e-mel kepada